Mangsa lemas terakhir ditemui


Johor Bahru: Mangsa terakhir yang hilang selepas mandi di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, berjaya ditemui 12.30 tengah hari ini.

Mayat Muhammad Firdaus Mohd Salleh, 24, ditemui tersangkut pada batu kira-kira 400 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari bomba bersama anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Pada 10.30 malam tadi, mayat rakannya, Mohd Marwan Mazlan ditemui selepas hilang dibawa arus.
Seorang lagi sahabat mereka, Shafiq Sabirin berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian kira-kira 7.30 malam tadi.

0 Response to "Mangsa lemas terakhir ditemui"

Post a Comment