Adik Qysstina Meninggal Dunia Akibat Leukemia Petang Semalam



Seperti satu kebetulan, dua insan yang mengharapkan bantuan demi rawatan kesakitan yang dihidap pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.

Malam kelmarin, Allahyarham Putera Fathullah Fahmi Abdul Hakim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, akibat penyakit hati yang kronik.
Kemudian,  petang semalam kira-kira pukul 4.05 petang Allahyarham Qysstina yang menghidap Leukemia pula pergi meninggalkan dunia ini di kediamannya di Taman Perai, Kuala Ketil, Kedah.
Jenazah Qyystina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Ketil selepas solat Isyak malam tadi.
Menurut sukarelawan yang membantu menjaga Qysstina, Natipah Abu selepas beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, hujan mula turun dengan lebat seolah-olah menangisi pemergiannya.
“Wajah adik Qysstina sungguh berseri-seri selepas beliau menghembuskan nafas terakhir. Ini kali pertama dalam hidup saya selama buat kerja amal sampai ke tahap ini dimana adik Qysstina meningga di atas riba saya,” katanya.
Kisah Qysstina mendapat perhatian orang ramai setelah pada mulanya ia menarik rasa simpati Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menghantar wakil memberikan bantuan.
Ibu Allahyarham, Norhasyimah Abu Hassan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan membantu Qysstina.
Semua kutipan wang yang diterima akan disalurkan kepada rumah anak-anak yatim yang akan diputuskan oleh ibu Qysstina.
Sebelum meninggal dunia, Qysstina sempat menjamah buah manggis yang diberikan oleh orang ramai yang prhatin dengan keadaannya.
Manggis tersebut dikatakan dipos oleh seorang lelaki Cina dari Sarawak semata-mata untuk memenuhi permintaan Qysstina yang ketika ini sukar dicari kerana di luar musim buah manggis.
“Ini menunjukkan semangat membantu antara satu sama lain yang tidak mengira bangsa dan membuktikan kesatupaduan rakyat Malaysia,” katanya.
Wang yang disumbangkan oleh orang ramai untuk tujuan pembedahannya tidak sempat digunakan dan ibunya Siti Nur Hidayah Shaari, 20, akan menyerahkannya kepada insan yang lebih memerlukan nanti.
Jenazah Putera Fathullah Fahmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor pada pukul 10 pagi tadi.

0 Response to "Adik Qysstina Meninggal Dunia Akibat Leukemia Petang Semalam"

Post a Comment