Harimau Yang Pernah Dilepaskan Putin Baham Anjing Di China



Seekor harimau Siberia yang pernah dilepaskan oleh Presiden Russia Vladimir Putin dikatakan telah membaham seekor anjing sehinggakan rakaman video kejadian itu disebar meluas di negara itu.

Harimau berkenaan adalah antara tiga ekor harimau spesis sama yang dilepaskan Putin di sebuah wilayah terpencil, Amur di Rusia pada bulan Mei lepas.
Pada mulanya, Kuzya merupakan antara tiga ekor anak harimau Siberia yang ditemui kelaparan di hutan kira-kira dua tahun lalu sebelum diselamatkan dan dilatih untuk berburu sebelum dilepaskan.
Melalui alat pegesan GPS yang dipasang di leher harimau berkenaan, ia dikesan telah melintasi sempadan Russia dan masuk ke China.
Di negara China, harimau itu yang dinamakan Kuzya bukan sahaja telah dikesan membaham haiwan peliharaan penduduk tetapi juga mengganggu haiwan ternakan.
Kuzya dikatakan telah kembali semula ke Russia.
Dalam klip video berkenaan, Kuzya dilihat sedang memakan seekor anjing yang dibaham

0 Response to "Harimau Yang Pernah Dilepaskan Putin Baham Anjing Di China"

Post a Comment