Adik Qysstina Meninggal Dunia Akibat Leukemia Petang Semalam







Adik Qysstina Syafieka Erman Syah, 7, yang menghidap leukemia meninggal dunia petang semalam, sehari selepas berita penderitaan anak pasangan Erman Shah Yahya, 32 dan Norhashimah Abu Hasan, 28.

Allahyarham yang menghidap leukemia sejak 2012 menghembuskan nafas terakhir pada 4.05 petang, di sisi keluarga, di rumahnya.

Jenazah allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Kuala Ketil malam semalam selepas Isyak.

Allahyarham sebelum ini pernah menjalani empat kimoterapi termasuk pemindahan sum-sum tulang adiknya, Rayyan Hezri, setahun muda daripadanya.

Sejak itu, sehingga Jun 2014 Qysstina pulih dan kembali bersekolah, namun selepas Allahyarham demam selama beberapa hari Julai lalu, keadaan kesihatan kembali merosot, di mana kansernya telah menyerang kembali.

Al Fatihah!

0 Response to "Adik Qysstina Meninggal Dunia Akibat Leukemia Petang Semalam"

Post a Comment