Pelik Tapi Benar : Hidung Di Dahi






Pelik tapi benar, ungkapan yang sesuai untuk seorang lelaki China yang mempunyai hidung di dahi. Walaupun penampilannya nampak pelik dan agak tak logik, lelaki ini sebenar adalah salah seorang "Pioneer" kepada " Pembedahan Semula Hidung" yang luar biasa.


Lelaki ini mengalami kerosakkan hidung selepas terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk. Jangkitan kuman telah memakan jauh ke tulang rawan dalam hidung beliau, menjadikannya mustahil bagi doktor untuk mengembalikan hidungnya yang asal. Sebaliknya, para doktor memutuskan untuk membuat hidung baru di dahinya.

Biarpun ianya kelihatan janggal, tetapi proses pembedahan tersebut tidak begitu berbeza daripada teknik-teknik pembedahan plastik yang biasa. Hidung itu direkan dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia dipotong mengikut bentuk hidungdan disokong oleh tulang rawan yang diambil dirusuk Xiaolian.

0 Response to "Pelik Tapi Benar : Hidung Di Dahi"

Post a Comment