Misteri Tiada Cermin Dalam Tandas Sebuah Mall Di Seremban

Macam pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak meletakkan cermin di dalam tandasnya.

Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.
Mengikut cerita yang  tersebar di laman sosial, kisah seram di tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.
Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa seperti diusik.

Palm-Mall-Seremban

Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?
Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian. Apa komen korang?

1 Response to "Misteri Tiada Cermin Dalam Tandas Sebuah Mall Di Seremban"

  1. Check out http://clashofclanshelper.com/ - I got free Clash of Clans gems here! Get yous too in less than two minutes!! It rocks!!(X7WCmwu5st)

    ReplyDelete