WOW!! Dato ‘Terlajak Laris’ Hadiahkan Isteri Kereta Mewah !!



SIAPA tak kenal Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman yang popular dengan jolokan ‘Datuk Terlajak Laris’ bukan?

Malah, cerita tentang pengasas produk kecantikan dan penjagaan kesihatan D’Herbs ini kadangkala lebih hangat diperkatakan berbanding sesetengah selebriti tanah air.
Terbaharu, Aliff telah mengadakan satu majlis sempena sambutan ulang tahun ke-30 isteri tercintanya, Datin Nur Shahida Abdul Rashid.
Majlis bertema Arabic Islamic ini cukup meriah dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Fasha Sanda, Rozita Che Wan, Raja Azura, dan ramai lagi.
Roslan Shah selaku pengacara, menggamatkan lagi suasana majlis tersebut apabila beberapa selebriti diminta untuk menari.
Apa pun, ramai yang ternganga melihat sifat romantis Aliff yang sanggup melakukan kejutan besar buat isterinya pada tersebut termasuk menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Range Rover berwarna merah.
Wah… bukan calang-calang kereta ok. Kita yang mendengar pun rasa teruja!
Yang lucunya, Che Ta sempat berseloroh dalam Instagram bahawa dia juga menginginkan hadiah berupa kereta pada ulang tahunnya kelak. ‘Masaklah’ Zain…!
Jom kita saksikan momen-momen yang dirakam oleh The Photolicious pada majlis tersebut..

0 Response to "WOW!! Dato ‘Terlajak Laris’ Hadiahkan Isteri Kereta Mewah !!"

Post a Comment