Tok Moh Nombor kini Lebarkan Sayap di FACEBOOK?



Tok Bomoh sinonim dengan orang melayu yang selalu dicari sebagai ikhtiar apabila mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan.Terbaru, kemunculan Tok Moh Nombor di facebook membimbangkan kerana semakin ramai yang percaya dengan ramalan tahyul yang dijanjikan.


Page Tok Moh dilihat mencari kaki nombor untuk dijadikan mangsa dan menggunakan beberapa peralatan lama untuk dipuja bagi mendapatkan kepercayaan kaki nombor ini. .

Sebelum melakukan ritual pemujaan, Tok Moh akan mendedahkan peralatan tersebut dan mencari kaki nombor yang berminat untuk membuat ramalan.








Untuk mendapatkan kepercayaan mangsa, mereka juga menyediakan testimoni tentang kejayaan ramalan yang dibuat selain meminta mereka bersedekah yang dilihat menyesatkan orang ramai. Kami harap perkara sebegini dapat dibendung dan mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh.








0 Response to "Tok Moh Nombor kini Lebarkan Sayap di FACEBOOK?"

Post a Comment