Chopstick Tertusuk Di Leher Selepas Terjatuh



CHINA –Ngeri!! Detik yang menyakitkan bagi seorang budak sekolah, Jun Chia, 12, yang mengalami kemalangan dahsyat.

Lehernya cedera selepas ditusuk dua batang chopstick.
Kejadian berlaku ketika dia membawa bekal mee bersama dengan chopsick ke sekolah apabila tanpa diduganya, Jun Chia telah dilanggar oleh motorsikal elektrik yang ditunggang oleh ibu bapa kepada rakan sekelasnya.
Jun Chia kemudiannya terjatuh, namun malangnya chopstick itu tertusuk ke lehernya.
Guru sekolah Jun Chia yang terkejut dengan kejadian malang itu terus menghubungi ambulans.
Nasib baik imbasan x-ray yang dilakukan mendapati tiada organ penting yang mengalami kerosakan akibat tusukan chopstick berkenaan.
Jun Chia kemudiannya menjalani pembedahan. Dia juga terselamat daripada sebarang jangkitan.

0 Response to "Chopstick Tertusuk Di Leher Selepas Terjatuh"

Post a Comment